RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran : Agama Islam
Kelas :
1 Bestari
Tarikh :
2 November 2012
Hari :
Jumaat
Masa :
9.00 – 9.30 pagi
Bilangan Murid : 23 Orang
Bidang Pelajaran : Pelajaran
Jawi
Tajuk :
Suku Kata Terbuka Dan Tertutup
Standard Kandungan : 6.1 Membaca, membina dan menulis
perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup.
Standard Pembelajaran : 6.1.1 Membaca, membina
dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup
dengan betul.
Objektif
Pembelajaran : Di
akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyebut dan
membaca perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan
lancar.
2. Menulis
perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
3. Menyatakan
perbezaan di antara suku kata terbuka dan tertutup secara berkumpulan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah belajar huruf
jawi semasa di awal persekolahan Tahun1
Penggabungjalinan : Akhlak
Penerapan Ilmu : Bahasa Melayu, Muzik
Penerapan Nilai
Murni : Bekerjasama
, kepatuhan, berdisiplin
Kemahiran Berfikir (KBKK) :Membezakan suku kata terbuka
dan tertutup, menjana Idea Kreatif
Bahan Bantu
Mengajar : Carta
lagu, kad imbasan, lembaran kerja
Elemen Nilai
Tambah(ENT) : Kreatif dan
Inovatif
Langkah/ Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Pendahuluan
(1 minit)
|
Bacaan doa belajar
|
Guru dan murid
membaca doa bersama-sama sebelum memulakan pembelajaran.
|
Nilai : Akhlak
|
|
Set Induksi
(3 minit)
|
Buku
|
-Guru menunjukkan
sebuah buku sambil membuka dan menutup buku tersebut.
-Guru bersoal jawab
berkaitan aktiviti yang telah dilakukan dan meminta murid meneka tajuk
pelajaran hari ini.
-Guru menyatakan
tajuk iaitu “suku kata terbuka dan tertutup”.
|
-Murid menyatakan
aktiviti yang dilakukan oleh guru.
-Murid memberi maklum
balas dan cuba meneka tajuk hari ini.
-Murid diminta
mengulangi tajuk pelajaran hari ini.
|
Strategi/ teknik :
Penyoalan secara kelas.
KBKK :
Menjana idea |
(Langkah 1)
(6 minit)
|
Suku kata terbuka dan
tertutup
|
-Guru menerangkan
kepada murid tentang suku kata terbuka dan tertutup.
|
-Murid mendengar
penerangan guru dengan teliti.
|
Kaedah : penerangan
Penerapan nilai murni
: beradab dan berakhlak
|
Langkah2
(7 minit)
|
Nyanyian “suku kata
terbuka dan tertutup”.
-Dilampirkan
|
-Guru menyanyikan
lagu tersebut dan meminta murid mendengar dengan teliti.
|
-Murid menyanyikan
lagu tersebut bersama-sama guru dengan penuh semangat.
|
Penerapan ilmu :
Bahasa melayu dan muzik
BBM : Carta lagu
|
Langkah 3
(5 minit)
|
Bandingbeza suku kata
terbuka dan tertutup.
|
-Guru mengedarkan
beberapa keping kad dan meminta murid mencari perkataan suku kata terbuka dan
tertutup serta menulis perkataan tersebut di atas kad yang diberikan.
-Guru meminta murid
menampalkan hasil kerja yang telah siap di hadapan kelas.
-Guru meminta murid
menyebut perkataan yang telah ditampal.
|
-Murid mencari suku
kata terbuka dan tertutup dan mengasingkannya serta menulis suku kata
tersebut di atas kad yang diberikan.
-Murid menampalkan
hasil kerja yang telah siap.
-Murid membaca
perkataan yang ditampal secara kelas.
|
KBKK : membuat
bandingbeza
|
Langkah 4
(5 minit)
|
Membina suku kata
terbuka.
|
-Guru mengedarkan
suku kata bergambar dan meminta murid melengkapkan suku kata tersebut.
|
-Murid melengkapkan
suku kata bergambar secara berkumpulan.
|
KBKK : Menjana idea
|
Penutup
(3 minit)
|
Pengukuhan
|
-Guru menguji
kefahaman murid dengan memberi lembaran kerja dan meminta untuk murid
menyiapkan lembaran kerja tersebut.
-Guru meminta murid
menyemak lembaran kerja tersebut secara individu.
|
-Murid meyiapkan
lembaran kerja yang diberikan.
-Murid menyemak
lembaran kerja yang telah siap.
|
Nilai : Kepatuhan dan
berdisiplin
|
Lampiran
Senikata lagu :
Suku Kata Terbuka Dan Tertutup
Ada alif 2x terbuka 2x
Tiada alif 2x tertutup 2x
Ada waw 2x terbuka 2x
Tiada waw 2x tertutup 2x
Ada ya 2x terbuka 2x
Tiada ya 2x tertutup 2x
Ada alif, ada waw, ada ya terbuka
Tiada alif, tiada waw, tiada ya tertutup.
4 comments:
salam..
lagu suku kata ni guna rentak dan muzik lagu apa?
lagu rentak apa ye?
Post a Comment