Pages

Wednesday, 5 December 2012

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran                                    : Agama Islam
Kelas                                                   : 1 Bestari
Tarikh                                                  : 2 November 2012
Hari                                                     : Jumaat
Masa                                                   : 9.00 – 9.30 pagi
Bilangan Murid                                    : 23 Orang
Bidang Pelajaran                                 : Pelajaran Jawi  
Tajuk                                                   : Suku Kata Terbuka Dan Tertutup
Standard Kandungan                          : 6.1 Membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup.
Standard Pembelajaran                      : 6.1.1 Membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
Objektif Pembelajaran                        : Di akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyebut dan membaca perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar.
2. Menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
3. Menyatakan perbezaan di antara suku kata terbuka dan tertutup secara berkumpulan.
Pengetahuan Sedia Ada                     : Murid telah belajar huruf jawi semasa di awal persekolahan Tahun1
Penggabungjalinan                             : Akhlak
Penerapan Ilmu                                  : Bahasa Melayu, Muzik
Penerapan Nilai Murni                        : Bekerjasama , kepatuhan, berdisiplin
Kemahiran Berfikir (KBKK)                :Membezakan suku kata terbuka dan tertutup, menjana Idea Kreatif
Bahan Bantu Mengajar                       : Carta lagu, kad imbasan, lembaran kerja
Elemen Nilai Tambah(ENT)               : Kreatif dan Inovatif

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Pendahuluan
(1 minit)
Bacaan doa belajar
Guru dan murid membaca doa bersama-sama sebelum memulakan pembelajaran.
Nilai : Akhlak
Set Induksi
(3 minit)
Buku
-Guru menunjukkan sebuah buku sambil membuka dan menutup buku tersebut.

-Guru bersoal jawab berkaitan aktiviti yang telah dilakukan dan meminta murid meneka tajuk pelajaran hari ini.

-Guru menyatakan tajuk iaitu “suku kata terbuka dan tertutup”.
-Murid menyatakan aktiviti yang dilakukan oleh guru.


-Murid memberi maklum balas dan cuba meneka tajuk hari ini.


-Murid diminta mengulangi tajuk pelajaran hari ini.
Strategi/ teknik : Penyoalan secara kelas.

KBKK :
Menjana idea


 (Langkah 1)
(6  minit)
Suku kata terbuka dan tertutup
-Guru menerangkan kepada murid tentang suku kata terbuka dan tertutup.

-Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
 Kaedah : penerangan

Penerapan nilai murni : beradab dan berakhlak
Langkah2
(7 minit)
Nyanyian “suku kata terbuka dan tertutup”.
-Dilampirkan
-Guru menyanyikan lagu tersebut dan meminta murid mendengar dengan teliti.
-Murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama guru dengan penuh semangat.
Penerapan ilmu : Bahasa melayu dan muzik

BBM : Carta lagu
Langkah 3
(5 minit)
Bandingbeza suku kata terbuka dan tertutup.
-Guru mengedarkan beberapa keping kad dan meminta murid mencari perkataan suku kata terbuka dan tertutup serta menulis perkataan tersebut di atas kad yang diberikan.

-Guru meminta murid menampalkan hasil kerja yang telah siap di hadapan kelas.
-Guru meminta murid menyebut perkataan yang telah ditampal.

-Murid mencari suku kata terbuka dan tertutup dan mengasingkannya serta menulis suku kata tersebut di atas kad yang diberikan.


-Murid menampalkan hasil kerja yang telah siap.

-Murid membaca perkataan yang ditampal secara kelas.
KBKK : membuat bandingbeza















Langkah 4
(5 minit)
Membina suku kata terbuka.
-Guru mengedarkan suku kata bergambar dan meminta murid melengkapkan suku kata tersebut.
-Murid melengkapkan suku kata bergambar secara berkumpulan.

KBKK : Menjana idea
Penutup
(3 minit)
Pengukuhan
-Guru menguji kefahaman murid dengan memberi lembaran kerja dan meminta untuk murid menyiapkan lembaran kerja tersebut.
-Guru meminta murid menyemak lembaran kerja tersebut secara individu.
-Murid meyiapkan lembaran kerja yang diberikan.



-Murid menyemak lembaran kerja yang telah siap.
Nilai : Kepatuhan dan berdisiplin



Lampiran

Senikata lagu :

Suku Kata Terbuka Dan Tertutup

Ada alif 2x terbuka 2x
Tiada alif 2x tertutup 2x
Ada waw 2x terbuka 2x
Tiada waw 2x tertutup 2x
Ada ya 2x terbuka 2x
Tiada ya 2x tertutup 2x
Ada alif, ada waw, ada ya terbuka
Tiada alif, tiada waw, tiada ya tertutup.

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
rushdi said...

salam..
lagu suku kata ni guna rentak dan muzik lagu apa?

Unknown said...

lagu rentak apa ye?

Medan, Indonesia said...
This comment has been removed by the author.