Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh
Kali ini ustazah ingin berkongsi ilmu mengenai CARA MUSLIMAH BERPAKAIAN mengikut Islam. Pada pemerhatian saya sendiri, para muslimah (golongan remaja terutamanya) gemar berfesyen sehingga mengenepikan syarat-syarat berpakaian yang sangat dituntut oleh agama. Walhal kita tahu hukumnya jika kita ingkar suruhanNya. Tapi mungkin juga ada yang masih tidak sedar.
Berfesyen boleh, tidak salah sama sekali. Cuma perlu ada batas-batasnya seperti tidak memakai pakaian yang terdedah atau jarang dan pakaian yang ketat hingga menampakkan susuk tubuh seseorang.
Cara wanita berpakaian menurut Islam adalah seperti berikut:
- Pakaian itu mestilah menutup aurat , sebagaimana yang dikehendaki syrari'at Islam
- Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
- Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.
- Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.
- Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj(berhias lebih-lebihan).
- Pakaian tidak dikenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di rumah.
- Tidak berhias-hias yang melampau, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.
- Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.
- Jika keluar berjalan janganlah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman/menarik perhatian kaum lelaki.
- Jika berjalan , jangan dilenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman/menarik perhatian kaum lelaki.
8 comments:
Satu maklumat yang menarik..Bagus.
Tahniah!banyak ilmu yang kita dapat dan menarik
Assalamualaikum ustazah. Saya Zulaikha binti Jauhari. umur 20 tahun. masih belajar. Saya nak tanya kan ustazah, tentang berlebih lebihan, kalau, pakai tudung labuh selabuhnya berserta sarung lengan berjari tu kira berlebih lebihan jugak ke kalau sampai ada orang kata "dah macam ustazah pulak" walaupun sebenarnya tak ada lar macam ustazah pun atau dari sekolah agama, cuma masih merangkak dalam menghijrahkan diri. macam mana ye ustazah? Terima kasih ustazah. Assalamualaikum.

Post a Comment