Pages

Sunday 18 November 2012

Cara Wanita Berpakaian Menurut Islam

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh

Kali ini ustazah ingin berkongsi ilmu mengenai CARA MUSLIMAH BERPAKAIAN mengikut Islam. Pada pemerhatian saya sendiri, para muslimah (golongan remaja terutamanya) gemar berfesyen sehingga mengenepikan syarat-syarat berpakaian yang sangat dituntut oleh agama. Walhal kita tahu hukumnya jika kita ingkar suruhanNya. Tapi mungkin juga ada yang masih tidak sedar. 

Berfesyen boleh, tidak salah sama sekali. Cuma perlu ada batas-batasnya seperti tidak memakai pakaian yang terdedah atau jarang dan pakaian yang ketat hingga menampakkan susuk tubuh seseorang.


Cara wanita berpakaian menurut Islam adalah seperti berikut:
  1. Pakaian itu mestilah menutup aurat , sebagaimana yang dikehendaki syrari'at Islam
  2. Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
  3. Bersarung kaki / berstokin  untuk menutup aurat bahagian kaki.
  4. Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.
  5. Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj(berhias lebih-lebihan).
  6. Pakaian tidak dikenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di rumah.
  7. Tidak berhias-hias yang melampau, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. 
  8. Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.
  9. Jika keluar berjalan janganlah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman/menarik perhatian kaum lelaki.
  10. Jika berjalan , jangan dilenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman/menarik perhatian kaum lelaki. 
Semoga info ringkas ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua. Berhias, berhias juga. Tapi jangan alpa dalam pemakaian hingga kita tidak sedar sudah banyak dosa yang ditanggung hanya kerana aurat. Masih ada KEMUSYKILAN? Sangat dialu-alukan untuk bertanya ustazah.